
Diterbitkan pada 02 Sep, 2019
Kira-kira 10,000 masyarakat pelbagai latar belakang termasuk pelancong luar negara membanjiri dataran bandaraya Jalan Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu di sini seawal 6 pagi bagi menyaksikan acara warna warni sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
Sebanyak 172 kontinjen dengan seramai 8,500 peserta mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu yang diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan Kabinet negeri.
Menariknya perarakan tahun ini buat kali pertama disertai pasukan bola sepak Sabah atau dikenali sebagai Tambadau yang menjuarai Liga Perdana Malaysia musim ini dan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri 2019. Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) juga buat pertama kali telah menyertai acara perbarisan ini serta turut melibatkan aset-aset Jabatan untuk pengetahuan pengunjung yang hadir.
![]() |
![]() |
![]() |