BERMUKUN SEBORNEO 2019



Published on 23 Sep, 2019

Latihan oleh Para Peserta Bermukun dari RTM Sabah berlangsung di Studio Muzik RTM Kota Kinabalu.

Program Bermukun Seborneo merupakan sebuah acara bertaraf Antarabangsa yang melibatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Republik Indonesia (RRI) dan Radio Televisyen Brunei (RTB). Acara ini dijangka berlangsung pada 24 hingga 26 September 2019 di Lobi, Kompleks Bersepadu KKMM, dan dijangka disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Hj Apdal, Ketua Menteri Sabah. Antara stesen Radio yang terlibat ialah, SABAHfm, SARAWAKfm, LABUANfm, Radio Republik Indonesia Kalimantan dan Radio Televisyen Brunei. Tahun lepas, SARAWAKfm telah menjadi tuan rumah untuk acara ini.