Mengenai SABAHfm

  • Sejarah Radio RTM

    Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
    Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
    Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
    Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
    Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
    Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

  • Sejarah

    Sabah FM adalah salah satu daripada 32 stesen radio yang beroperasi di seluruh negara di bawah kendalian Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (Radio Televisyen Malaysia). Sejarah penyiaran di Sabah bermula pada tahun 1939 dengan ulasan selari perlumbaan kuda di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan disiarkan menerusi talian radio-telefon ke Sandakan.  Radio telefon ini dikuasai oleh Jabatan Radio-Telegraf yang telah wujud sebelum tahun 1916 lagi. 

    Siaran percubaan dari rumah Mr. Bradley dikendalikan pada tengah hari dengan menyiarkan berita, kadangkala pengumuman dan rencana mengenai perlumbaan kuda yang sememangnya amat diminati ramai. Walaupun masih dalam percubaan sambutan orang ramai amat menggalakkan diukur dari segi permintaan Lesen Penerima Siaran yang perlu dibayar kepada Jabatan Pos dan Telegraf. Dalam tahun 1951 jumlah lesen yang dikeluarkan ialah 1,611 dan dalam tahun yang sama siaran percubaan ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina.

    Siaran radio dari rumah Mr. Bradley berkembang dengan pesatnya dan telah mendapat sokongan dari pihak pemerintah British Jajahan Borneo Utara. Operasi penuh dimulakan dalam tahun 1952 dengan memperkenalkan rancangan-rancangan radio yang lebih tersusun dan secara tidak rasminya perkhidmatan ini dikenali sebagai Radio Sabah.

    Rancangan-rancangan yang baru diperkenalkan ini dikelolakan oleh kakitangan Jabatan Penerangan dan disiarkan oleh Jabatan Telekom. Kedua-dua jabatan telah bekerjasama iaitu Jabatan Penerangan menyediakan berita, rancangan dan pengumuman sementara Telekom mengendalikan bidang teknikalnya.

    Pada 9 Nov 1955 Perkhidmatan Radio Sabah telah dilancarkan secara rasminya serentak dengan perasmian bangunan sementara yang terletak di Bukit Brace berhampiran dengan menara jam di ibu negeri. Turut dilancarkan ialah siaran petang oleh Gabenor Jajahan Borneo Utara, Sir Roland Turnbull. Ketika ini Radio Sabah dikendalikan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Kadazan.

    Perkhidmatan Radio Sabah terus berkembang apabila bangunan tetap Wisma Radio siap dibina pada tahun 1962 yang terletak di Bukit Nenas, Jalan Tuaran iaitu bangunan yang ada sekarang. Selepas Sabah merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963 Radio Sabah bertukar nama menjadi Radio Malaysia Sabah. Siaran Radio bermula di bangunan baru ini pada 23 Jun 1963. Jabatan Penyiaran Malaysia kemudian berpisah dengan Jabatan Penerangan Malaysia pada 1964 di bawah naungan Kementerian Penerangan Persekutuan.

    Sejak dari tarikh ini Jabatan Penyiaran telah menjadi sebuah agensi kerajaan yang amat berpengaruh di negeri ini. Perananya sebagai alat sebaran am kerajaan terbukti dari jumlah peruntukan wang yang besar bagi mengembang dan meluaskan kegiatan-kegiatannya di Sabah. Pembinaan stesen-stesen pemancar yang baru di tempat-tempat strategik di seluruh negeri meluaskan lagi pemancaran radio sejajar dengan pembangunan pesat di negeri ini. Pada keseluruhannya dasar rancangan Radio Malaysia Sabah adalah selaras dengan dasar Ibu Pejabat di Kuala Lumpur iaitu memberi khidmat kepada pendengar-pendengarnya imbangan rancangan yang sihat dari segi maklumat, pendidikan dan hiburan.

    Sejak diwujudkan hingga sekarang perkhidmataan siaran dalam bahasa Melayu ini telah beberapa kali mengalami pertukaran nama. Bermula dengan Perkhidmatan Melayu bertukar kepada Rangkaian Nasional, kemudian bertukar lagi kepada Siaran Bahasa Malaysia. Sekarang ini berikutan penjenamaan semula, ia dikenali sebagai SABAH FM. Pemilihan nama baru itu adalah selari dengan perkhidmatan industri penyiaran bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di peringkat global.

    Selari dengan arus pembangunan semasa, Radio Malaysia Sabah fm juga tidak ingin ketinggalan daripada mendapat perhatian daripada pendengarnya. Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memastikan radio ini kekal bersaing bersama  stesen swasta yang lain. Pelbagai program baharu diperkenal untuk memastikan pendengar lama terus setia, sementara pendengar baru terus bertambah. Stesen Sabah fm juga bermatlamat untuk menyampaikan dasar dan saranan kerajaan kepada seluruh khalayak pendengarnya menerusi konsep 'Hiburan Interaktif Bermaklumat'. 

    Pada penghujung tahun 2012, Radio Malaysia Sabah fm telah bersiaran secara rasmi di pejabat baharu yang terletak di Kompleks Bersepadu KPKK, Jalan Lintas Off jalan Kepayan.

  • Carta Organisasi

    Carta Organisasi

  • Objektif

    OBJEKTIF

    • Menyebar maklumat berkenaan agenda nasional.
    • Menyiarkan hiburan bermanfaat yang sesuai dengan cita rasa pendengar.

    SASARAN PENDENGAR

    Semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas.