Galeri Gambar Aktiviti & Program

Ikrar Bebas Rasuah 2019
Puan Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengarah Penyiaran Malaysia, Sabah, telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan disaksikan oleh YBhg Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan YBrs Tuan Karunanithy a/l Y. Subbiah di Lobi Kompleks Bersepadu KKMM.

Aspirasi Merdeka Radio RTM Sabah 2019
Program Aspirasi Merdeka Radio RTM Sabah 2019 telah berlangsung di SMK Pangiran Omar II, Sipitang. Program berkonsepkan 'Fun Games' ini telah melibatkan 6 sekolah terpilih sekitar daerah Sipitang dan Beaufort.
Acara ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah serta turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Eden Shazlee, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta YBhg Tuan Hj Abdul Muis Shefii, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia