Bersempena Musim Perayaan tahun 2019, Radio Televisyen Malaysia (RTM Sabah) mengambil inisiatif untuk meraikan para kakitangan dengan penganjuran Sambutan Empat Perayaan RTM Sabah. Acara itu termasuklah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Pesta Gawai dan Sambutan Hari RTM ke 73.

Acara penuh kemeriahan ini telah berlangsung di Lobi, Kompleks Bersepadu KKMM, yang turut disertai oleh Stesen RTM Daerah termasuk Tawau, Sandakan dan Keningau.

Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan (Negeri Sabah) dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Puan Noryahati Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia.

Antara pengisian program termasuklah pelbagai pertandingan, Bejimming Kita (Terbitan Seksyen Hiburan & Muzik) serta persembahan setiap unit di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah.

R0

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R9